Visitor : 914 - Today : 7
1

Pengumuman

Convid -19
Sila pastikan anda memakai mask untuk proses pembelajaran di IMKL & sentiasa sanitizer tangan setelah habis pembelajaran
Proses Pengambilan Lesen
Mengikut sistem , proses pengambilan lesen di Institut kami sekarang mengambil masa setahun kerana jadual semasa kami yang agak jauh dan calon terlalu ramai
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
IMKL ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak . Semoga Ramadhan kali ini memberi makna buat kita semua . Aminn

Manual (D)

RM : 1150

Tidak Termasuk SST


Automatik (DA)

RM : 1150

Tidak Termasuk SST


B2 & D ( MANUAL )

RM : 1500

Tidak Termasuk SST


B2 & DA ( AUTOMATIK )

RM : 1500

Tidak Termasuk SST


B FULL & D ( MANUAL )

RM : 2050

Tidak Termasuk SST


B FULL & DA ( AUTOMATIK )

RM : 2050

Tidak Termasuk SST


Lori (E full)

RM : 1200

Tidak Termasuk SST





Kenapa Pilih Kami

Latar Belakang
IMKL Setapak merupakan Institut Memandu milik Syarikat Telatin Mewah Sdn.Bhd. Namanya adalah diilhamkan dari singkatan nama Institut Memandu Kecemerlangan Latihan dan Setapak adalah lokasi tempat Institut beroperasi. Telatin Mewah Sdn. Bhd adalah syarikat milik bumiputera yang telah di tubuhkan berdaftar di bawah Akta syarikat (No. Pendaftaran 309496-P). IMKL Setapak mula beroperasi pada bulan November 2006 di bawah pengawasan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menyahut usaha kerajaan untuk melahirkan pemandu yang terlatih dan berhemah di jalanraya. Post Image 1 IMKL Setapak telah dibina menepati spesifikasi Pelan Susunatur Litar Institut Memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Product Name yang terkini dan merupakan antara Institut Memandu yang mempunyai kemudahan prasarana sepertimana yang diperlukan oleh JPJ. Gabungan tenaga pengurusan dan staf operasi yang berpengalaman dalam bidang perlesenan pemandu memberi satu kelebihan kepada syarikat. Di dalam dunia pasaran yang kompetitif ini, IMKL berkeyakinan untuk terus maju dan berdaya saing untuk menjadi antara institut memandu yang terunggul di Kuala Lumpur.
Misi & Falsafah
Berusaha semampu mungkin untuk mengajar dan melatih bakal pemandu dengan cara yang terbaik sehingga lulus cemerlang dan melahirkan pemandu yang berhemah di jalanraya.
Visi & Inspirasi
Menjadi sebuah pusat pembelajaran memandu setempat yang berdaya saing dan beroperasi mengikut ketetapan arahan-arahan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Memberi pengajaran memandu yang terbaik kepada bakal pemandu dengan harapan dapat melahirkan pemandu yang: - Berpengetahuan dalam pemanduan. - Berhemah dan beretika semasa memandu. - Sentiasa berhati-hati dan membuat keputusan terbaik dalam apapun keadaan semasa memandu. - Menghormati dan bertolak-ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.



>







.